Kem Membaca Satu Malaysia

Assalamualaikum!

Hai semua~~~~Maaf banyak banyak sebab tak update blog untuk masa yang lama!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Internet takde kat rumah so tak boleh blogging, chat dengan kawan.....haih...so, beberapa minggu ni tak blogging lah sebab takde internet. Cuma buka laptop dan main game dinosaur run kat laptop. Game tu hanya boleh dimain bila ketiadaan internet sahaja....Apa yang saya akan cerita untuk beberapa entry ialah tentang Kem Membaca 1Malaysia di sekolah, Perkhemahan Kelab dan Persatuan, Keputusan exam dan Pertandingan bicara berirama yang akan diadakan pada minggu hadapan.

Apa yang saya akan cerita ialah tentang Kem Membaca 1Malaysia....

Pada.....errr....tak ingat plak bila Kem Membaca 1Malaysia telah diadakan di SK Pasir Puteh. (alang-alang cakap jelah semua sekolah di 1Malaysia) Pada hari 1, gotong royong perdana RIMUP pun ada jugak. Bergotong royong selama 30 minit. Dan,setelah itu semua murid dan guru guru dikehendaki membaca buku selama 10 minit untuk melancarkan Kem Membaca 1Malaysia. Setelah itu, ada pertandingan mewarna. Alah....saya ni bukanlah orang yang jenis yang selalu menang pertandingan mewarna.Kalau baca lancar English tu juara 3 tahun berturut turut....Tak percaya? Aaaa...ada tu sijil dalam fail.(Time tahun 1 je tak ikut)

Pada keesokan harinya,ada pertandingan membaca lancar bahasa inggeris juga bercerita bahasa Malaysia.  Saya ikut lah membaca B.I.... Adik ikut bm...saya lah buat skrip untuk adik. English kena bagi skrip. Ok..pertandingan itu diadakan selepas rehat. BM di makmal sains dan BI di dewan. Setelah selesai tahun 4,5,6, tamatlah acara... Sebelum tu ada plak pertandingan buat penanda buku.

Hari ketiga takde apa apa berlaku kecuali membaca Bahasa Arab dan cina..... Part bahasa dua ni aku tak faham apa apa!

Hari terakhir, hari keempat adalah pentupan. Acara paling ditunggu tunggu ialah...penyampaian hadiah... Pemenang bagi tahun 1 mewarna bla bla bla bla....Sampailah acara tahun 4 bercerita bahasa melayu. Tempat ke3, adik (tak ingatplak sape) Tempat kedua adik Nurul Fahima Balqis!(kawan saya tu!) Tempat pertama,(masa tu saya masih mamai mamai macam nak tertidur.)Adik Aina Rihana! Terus aku terbangun. Terus rasa bangga ni....YELAH...PEMBUAT SKRIP KAN...Siap ada pantun lagi. Penyampaian hadiah yang paling saya tunggu ialah baca lancar bi! Tempat ke3, Rasydan Zafran, Ke2,Exter Ryan dan the first is Yasmin Liyana! AH...punyalah happy kena sebut nama aku no.1. Happy!Hadiah yang saya dapat ialah Fail, pensel tekan dan warna....

Itu sahaja untuk hari ini..... Pada entry seterusnya saya akan cerita pasal perkhemahan plak...Dan paling akhir, saya ingin ucapkan Selamat Bersara pada Cikgu Rosinah yang telah mengajar di SK Pasir Puteh selama 11 tahun dan beberapa tahun di sekolah sekolah lain...Tahniah juga pada 2 BFF saya Hanan and Arina yang dah menang bercerita bm....temanya sains.....

Assalamualaikum,

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Koleksi Soalan Teka Teki

SAJAK: Kawan

Koleksi Soalan Teka Teki 2