Posts

Showing posts with the label event

Salam Ramadhan 2019

Assalamualaikum   dan hai kepada semua 😁 apa khabar? besok, bulan yang paling ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam akan datang.       Ya , itulah bulan Ramadhan... macam mana bulan Ramadhan korang tahun lepas? yang girls dah habis ganti ke? Alhamdulillah, tahun lepas aku puasa penuh hehehe.       Tak sabar pulak rasanya nak tunggu esok sebab dah lama tak puasa. Aku harap aku dapat isikan Ramadhan tahun ni dengan sedekah, ibadat, dan benda yang berfaedah.      Harap² tercapai la ye.... So, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia! Semoga Ramadhan tahun ini berjalan dengan lancar untuk kita! 💜 love myself, love yourself, peace ✌ Assalamualaikum

Storytelling Contest

Assalamualaikum... Hai kepada semua pembaca sekali lagi. Seperti yang saya janjikan saya akan cerita pasal STORYTELLING CONTEST yang saya ikut. Ok. Mari mulakan cite. Pada 19.7.2017, saya telah mengikuti storytelling contest yang dibuat di SK Pasir Puteh, ya, sekolah saya jadi tuan rumah. Saya sampai sekolah tu, berlatih la jugak. Mesti. Yang jadi wakil sekolah kitorang ni saya and hanan (my bff. kalau nak visit blog dia pergi ke hananmaisara.blogspot.com ) ok...dah lama tu, beberapa peserta lain pon sampai lah... Nervous jugak lah tengok peserta lain sebab semua macam hebat hebat. Kalau storytelling ni ada 2 section. Satu section bercerita yang kita hafal hafal dan satu section lagi di mana kita cabut kertas, tengok dapat perkataan apa ( contoh read ) kita pon kena ulas pasal  benda tu.... macam2 lah yang awak boleh dapat. Kita panggil tu impromto. (Ntah. Gitu kot nak eja. Yang pasti cara sebutannya im- prom - 2 )      Bla bla bla...contest pon mulalah...sebelu...

A trip to KOTA BELUD

Assalamualaikum... Hai...Hari ni saya nak kongsikan trip saya ke Kota Belud. Hari Sabtu tu,kitorang gerak ke Kota Kinabalu dulu. Kitorang gerak pukul 6:00am. Rancang nak pergi pukul 5:30am. Haahah...tulahkan. Sebab bangun lambat. Jadi,kitorang pon gerak lah ke KK...Dah sampai tu kitorang pergi Menggatal, kat UCA 2. Pergi rumah tokdin dulu..rehat rehat. Kitorang sampai dalam pukul 8:30am. Dah sampai kitorang rehat rehat, dalam pukul 10 atau 9:30am kitorang gerak ke Kota Belud. Eh???Ke pukul berapa?Ntah. Tak ingat. Takpelah. Asal ada tulis ok kan?         Dalam pukul 10:30am kitorang sampai kat Kota Belud. Masa tu saya tido. Jadi tak tahu apa yang berlaku di persekitaran. Tiba-tiba, semua orang dok bising bising dalam kereta.(oh ya. Masa ni ayah and kakak takde) Saya pon bangun. Nana cakap "Kak Chik!!!Tengok pantai tu!!!CANTIK!" Tengok sekali imbas terus terpegun ibarat masa terhenti. Nak kata ni Masya-Allah...cantiknya ciptaan Allah ni! Air dia jerni...

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum semua pembaca. Selamat Hari Raya kepada semua pembaca setia blog saya... Nak dekat raya ni, dah beli ke baju raya?Kasut raya? buku raya?  heheh....Tinggal 8 hari sahaja lagi masa kita puasa...Dekat sangat nak raya tu. Rasa macam baru 10 hari puasa. Terlampau sekejap lah... Rasa sedih je puasa dah nak habis. Kitorang baju kasut raya dah beli dah...biskut raya je tak buat lagi. Mungkin nak buat semperit atau biskut hodoh.(maaflah. kitorang panggil biskut hodoh sebab rupa biskut tu hodoh) Tart nenas beli kat kawan mak je...senang nak buat. Oklah. Rasanya takde apa nak cakap dah.        Untuk penutup saya cakap Selamat Hari Raya Aidilfitri jelah. Minta maaf jika saya ada tersilap kata dengan semua orang.Tu je...bye...   Assalamualaikum yasmin

First Entry

Assalamualaikum....😄😄 Inilah 1st entry saya dalam blog ni... Berjaya jugak buat blog dengan izin ibu tersayang. So... hari ni cuma saya nak cakap apa yang berlaku lah... Hari ni, bertempat di Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh Keningau, Pesta Pantun 2017 telah diadakan. Ada 5 sekolah yang bertanding. SK Pasir Puteh, SK Bingkor, SK ST.Francis, SK Merampong dan juga SK Kebulu. Saya ikut jugaklah pertandingan tu...Bersama 4 lagi orang kawan saya... Tapi frust jugaklah sebab tak menang...It's okay... Bak kata pepatah "Ada hikmah di setiap kejadian" SK Bingkor telah mendapat no.1, SK Kebulu no.2, SK ST.Francis no.3, SK Pasir Puteh no.4, dan SK Merampong no.5......At least masa aku bertanding aku dapat anugerah pemantun terbaik! Masa saya bertanding jelah...Cikgu kitorang pon tak marah.. Jadi, itu sajalah untuk hari ini...yelah..Kalau guna lama lama nanti kang laptop ni shut down plak...Al-maklum...Laptop dh tua... OK..Itu sahaja untuk hri ini.. ASSALAMUALAIKUM (Sila ...