Storytelling Contest

Assalamualaikum...

Hai kepada semua pembaca sekali lagi. Seperti yang saya janjikan saya akan cerita pasal STORYTELLING CONTEST yang saya ikut. Ok. Mari mulakan cite.

Pada 19.7.2017, saya telah mengikuti storytelling contest yang dibuat di SK Pasir Puteh, ya, sekolah saya jadi tuan rumah. Saya sampai sekolah tu, berlatih la jugak. Mesti. Yang jadi wakil sekolah kitorang ni saya and hanan (my bff. kalau nak visit blog dia pergi ke hananmaisara.blogspot.com ) ok...dah lama tu, beberapa peserta lain pon sampai lah... Nervous jugak lah tengok peserta lain sebab semua macam hebat hebat. Kalau storytelling ni ada 2 section. Satu section bercerita yang kita hafal hafal dan satu section lagi di mana kita cabut kertas, tengok dapat perkataan apa ( contoh read ) kita pon kena ulas pasal  benda tu.... macam2 lah yang awak boleh dapat. Kita panggil tu impromto. (Ntah. Gitu kot nak eja. Yang pasti cara sebutannya im- prom - 2 )
     Bla bla bla...contest pon mulalah...sebelum nak mula, cabut nombor dulu. Ada dalam 7 peserta kitorang. Saya dapat nombor 4 (alhamdulillah) Dan Hanan nombor 3. Ok...pastu mc pon bacalah rules dia...ok...pastu mulalah, contestant no.1,2,3. and tiba masanya persembahan saya. Saya baca tu ikut tips cikgu sayalah jugak. Jangan pandang kawan, just straight dan jangan pandang atas nnti ketara orang tengok kita ni tengah menghafal, bla bla bla. Dah habis baca, turun jelah. Buat apa nak duduk atas pentas lama lama. Kawan2 kata saya baca lancar.
     Pastu, dah sampai peserta no.7, dan dia dah habis baca, kitorang yang judges, teachers, dan contestants ni pon pergilah ke bilik gerakan untuk menjamu selera. Makan bubur ayam. Ok...kitorang juga rehat ngan kawan baru saya, Shafiqah. Dia ni hebat jugak bercerita. Orangnya comel comel jer. Ok...dah makan semua, kitorang pon berchat sesama sendiri guna mulut (of course. Mana boleh bawa fon gi sekolah) Ok..dah habis rehat kitorang kena pergi library( library jadi quarantine room) Saya jugaklah kena jadi pemandu pelancong.  OK. Dah smpai library, duduk, kitorang berchat dulu. Pastu, satu satu kena panggil pergi dewan untuk cabutan tu.
   Dan, akhirnya tibalah masanya saya punya giliran untuk mencabut. Saya pun berjalan ke dewan. Pastu, saya cabut, dapat perkataan...





GIANT!!!

Mak aih...punya susah tajuk tu. Saya tak boleh nak fikir satu pon tau! Bayangkan korang dalam situasi saya. Pastu, kena duduk sebelah time keeper, kena tulis apa yang kita nak cakap selama 30 saat. Sekejap sangatkan?? Saya dok fikir sekejap pastu baru nak tulis jer dah kena panggil naik atas. Hadoi...dengan takdak idea nyer nak naik atas pentas lagi. Hadoi. Dah kena panggil pasrah jelah saya pon apalagi naik lah..takkan nak dok tercegat kat tangga tu kan? Naik, cakap good morning, bagitau topik yang kita dapat, pastu terus kaku ibarat masa terhenti. Tak tau nak cakap apa. Sebab kepala tengah pening, dengan takde idea, nak dekat seminit jugak kot saya dok tercegat kat situ. Terus saya nampak cikgu yang latih saya tu, bagi isyarat. Saya apa lagi cakap thank you lepastu turun dok sebelah kawan saya.
   Saya rasa nak nangis dah. Pastu, duduk jelah sampai habis pertandingan. Dapat nombor berapa jagan tanya sebab confirm kalah lah. Yelah. Sape suruh dok tercegat atas pentas tukan?? Dah habis majlis pertandingan tu, saya and Hanan say bye bye to Shafiqah. Pastu, kitorang balik kelas and belajar seperti biasa. Saya and Hanan rasa nak tido je dalam kelas tu. Penat woi. Nasib baik Ustazah jer yang masuk. PASTU balik rumah seperti biasa. 
   
Ok...itu sahaja yang saya ingin menceritakan kali ini. Dah cukup Panjang saya tulis ni. Ok...itu sahaja, bertemu di lain entry yer semua...bye...
Assalamualaikum,
Yasmin😀 

Comments

Popular posts from this blog

Koleksi Soalan Teka Teki

SAJAK: Kawan

Koleksi Soalan Teka Teki 2