Kawanku #3

Assalamualaikum
dan hai semua....Selamat kembali pembaca setia sekalian...Saya rasa mungkin korang dah bosan dengan pengenalan macam di atas ni yang saya cakap pembaca setia kan? Kalau ya, angguk, kalau tak, geleng. Jadi, sebab korang bosan dengan pengenalan saya, mungkin saya akan cakap lebih style sikit ke, lebih rock sikitke dan penulisan saya akan jadi lebih santai kali ni.  Nak pengenalan baru tunggu entry seterusnya.
   Hari ni, saya nak sambung ulas pasal topik Kawanku. Kali ni, kita akan beralih ke kawan saya yang ketiga iaitu Batrisyia yang saya selalu dok sebut tu. Sya lah Tisya lah. Ada? Mungkin dalam entry kali ni, saya akan gunakan perkataan 'aku' sebab rasa lagi seronok kot guna aku dalam penulisan ni. Ok. Let's begin the story.
      Jadi, al-kisahnya, Si Batrisyia ni lah kawan first aku kalau korang nak tau. Kitorang ni kawan sejak 5 tahun tau! Kitorang panggil dia Tisya atau Sya. Dia ni budak yang pandai jugak, suka buat lawak, perangai gila-gila dan baik. Pemurah jugak, rajin tak sangat, tak berapa tolong orang tapi still tolong kawan dia dalam susah.
      Kadang boleh jadi 'bikin panas' orang Sabah kata perangai dia. Hahahahah. Dia ni selalu je ejek aku ngan kawan-kawan. Tapi sekarang dah kurang. Insaf..... Dia ni suka gelak. Suka kacau orang. Kalau marah memang marah dia ni. Kadang suka kenakan orang. Entah berapa banyak kali dah aku terkena. Dia cakap "Woii....Cikgu datang Yas!" terus aku pusing nak lari dia gelak-gelakkan aku. Hmmm....dah nasibkan. Dia ada blog jugak. Lupa nak promote. Tak pasti lah ni yang lama ke yang baru pasal haritu dia tersalah guna emel. Dia buat blog guna bapak dia punya emel plak dah...tu pon nasib baik aku yang perasan. hhahahahah

www.btisya.blogspot.com

Silalah layari kalau anda berminat. Dia ni pon tak banyak sangat aku nak ulas. Oh ya. dia ni pun berani orangnya. Boleh plak dia dengar lagu seram Lingsir Wengi tu malam-malam, sorang-sorang, masa semua orang dah tidur gelap-gelap. Berani kan? Eleh....kalau suruh pegang katak pon tak berani. hahahaahh. Satu lagi keunikan dia ni ialah berani makan pemadam. Tu memang tahap gila gila dah tu sampai masuk pemadam dalam mulut. Habis semua orang tak nak pinjam pemadam dia. Hmmm
     Ok....tu je yang aku nak ulas pasal si Tisya ni. Harap korang enjoy dan aku takleh tulis dah skarang ni. Si Umar ni dah minta nak tengok wawaawa. Ala...kalau tak tau search kat youtube tu Sunny Bunnies Cartoons. Korang kena tengok video dia baru tau kenapa wawawa. K....Semoga korang semua lalui hari yang indah dan ceria!
Assalamualaikum

-budakbiasa-

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Koleksi Soalan Teka Teki

SAJAK: Kawan

Koleksi Soalan Teka Teki 2