Kawanku #2

Assalamualaikum
dan hai kepada semua pembaca sekalian....Korang apa khabar? Baik? Hari ni saya update lambat sikit. Sori ye...Apapun, hari ni kita akan bincang lagi pasal Kawan. Kawan bff saya yang kedua menjadi topik  perbualan hari ni ialah Hanan. 
       Hanan ni is the highest la dalam group kitorang. Kitorang yang lain memang tak boleh lawan tinggi dia. Rasanya paling garang kot. ahahahahahah. Dia ada blog jugak. Tak aktif jugak rasanya. Tapi still update lah. Link blog dia di bawah kalau korang nak baca.

www.hananmaisara.blogspot.com

Hanan ni kira yang paling alim dalam group kitorang. Kebanyakan surah dia dah hafal dulu. Dia ni baik orangnya tau. Pemurah jugak. Pandai orangnya. Kalau kitorang ada projek ke, apa ke, selalunya pergi rumah dia (tu pon kalau sekumpulan). Kalau tak pergi rumah Arina. Tu jelah rumah kawan aku yang selalu je aku singgah. 
     Hanan, Arina dan Batrisyia ni duduk setaman. Rin dan Sya selorong je Hanan lorong lain. Saya taman lain Anis pun Taman lain. 
    Kalau saya dan Hanan ni memang seteman rapat. Sebab, kitorang dua yang selalu balik lewat kalau sekolah hari biasa. Kalau dia tak puas hati dengan apa-apa kadang dia cerita ngan saya je. Kadang dia cerita dengan kitorang segroup. 
    Saya pun sama gak cam Hanan. Hanan ni tak banyak sangat nak ulas pasal dia ni. Pasal terlampau alim dah ni. Kadang melawak jugak. Dia ni serius jugak lah orangnya. Tapi tak serius sangat.
   Ok...itu sahaja yang ingin saya ulas pasal Hanan a.k.a Han. Next entry dalam topik "Kawanku #3" pasal kawan aku yang seterusnya. Nak tau siapa kenalah tunggu esok..Ok...tu je dan teruskan membaca blog saya untuk lebih banyak info dan cerita-cerita menarik(kadang tak). Dan akhir sekali saya nak cakap 
ASSALAMUALAIKUM....

-budakbiasa-
 

Comments

Popular posts from this blog

Koleksi Soalan Teka Teki

SAJAK: Kawan

Koleksi Soalan Teka Teki 2