The Best Website

Assalamualaikum
to all readers and welcome to my blog! hahah. Saja je nak speaking sikit. Hari ni, saya akan kongsikan antara website- website terbaik yang saya pernah guna dan mungkin juga berguna buat anda? Enjoy!


1.LOCALINGUAL
Berminat untuk mendengar pertuturan dari seluruh negara? Kalau anda mencari website seperti tu, inilah website yang mungkin sesuai. Tekan sahaja gambar peta dan anda boleh dengar pertuturan dari seluruh negara! (Manglish pon ada ba) Link di bawah:

www.localingual.com


2. MY FRIDGE FOOD
Yang ini mungkin seronok buat ibu-ibu yang suka memasak. Pergi check peti anda, dan tick bahan yang anda ada. Website ini akan mengeluarkan semua resipi yang menakjubkan menggunakan bahan anda. Link di bawah:

www.myfridgefood.com



3.THE TRUE SIZE
Kalau korang peminat geografi(rasanya) korang mesti suka website ni. Hanya click pada negara pilihan anda dan saiz keseluruhan negara ini akan ditunjukkan. Anda juga boleh membandingkan keluasan negara-negara ini. Link di bawah:


www.thetruesize.com


4.STORYJUMPER
 Kepada anda semua yang suka mengarang, anda boleh ke website ini. Korang boleh baca buku-buku buatan semua orang di serata dunia! Anda boleh LIKE buku yang anda suka, SHARE di facebook korang dan COMMENT apa tanggapan anda terhadap buku yang dibaca. Anda boleh SIGN UP untuk mengarang buku secara percuma. Link di bawah:

www.storyjumper.com


5.FIKSYEN SHASHA
Peminat cerita seram? Ini pasti sesuai untuk anda! Bacalah koleksi-koleksi kisah-kisah seram dari pembaca-pembaca FIKSYEN SHASHA. Anda juga boleh menghantar kisah seram anda yang pernah anda lalui. Cerita rekaan juga diterima. Kisah yang tertulis (Seram) adalah kisah yang memang boleh membuatkan bulu roma anda meremang. Link di bawah:

www.fiksyenshasha.com



6.WIX
Pernah anda terfikir inginkan website sendiri yang menakjubkan? Mudah sahaja! Pergi ke WIX dan cipta website anda sendiri! Ianya percuma. Tak kira sekiranya anda ingin membuat online store, blog tetap boleh! Sekarang boleh cuba. Link di bawah:


www.wix.com


Ok.....tu je dari saya. Semua website ni saya pernah guna. Ini tanggapan saya jadi korang tak boleh buat apa apa. Korang boleh layari website ni semua tau! Kalau korang tahu website yang terbaik boleh share dekat komen tu. Saya pun nak tahu. Ok. Bertemu di lain entry.
Assalamualaikum

-budakbiasa-👍

    

  

Comments

Popular posts from this blog

Koleksi Soalan Teka Teki

SAJAK: Kawan

Koleksi Soalan Teka Teki 2