EXAM?!

Assalamualaikum.....
dan hai! Ya, sori sebab lama sangat aku tak update status kat blog ni. Nape??? Sebab, yela. Minggu ni, minggu exam! Ya, exam! Perkara yang aku tak berapa suka ialah exam. Lecehla nak jawab itu ini,soalan KBAT nya lagi. Pening kepala! Tapi, sebab jawab exam itu wajib kat sekolah, terpaksalah ambil juga. Dan, for next year, aku kena study banyak-banyak sikit sebab yela. UPSR menanti. Nak score 6A kalau boleh untuk UPSR tahun depan, Insya-Allah.
    Sekarang ni exam akhir tahun, jadi nak lah dapat no.1 kan? Kalau tak no,1, no,2 atau 3 pun dah okay. Asalkan under 5 lah nombornya tu. Tak silap aku, yang kitorang dah jawab Kertas Bahasa Malaysia, Kertas 1 dan Kertas 2, Sejarah, Sains kertas 1 dan 2, Muzik, dan Bahasa Arab.
      Sebenarnya, aku pun tak tau dah apa nak cakap sebenarnya. Yela, takde idea kan.... Nak tulis cerpen, tak tau pasal apa, nak tulis sajak, tak tau tema apa. Nak tulis kisah seram, malas pulak.

      Oh ya!!! Sekarang, siapa yang nak jadi writer, boleh daftar kat Fiksyen Shasha tau! Blog tu dah upgrade dah. Tapi cerita di situ semua seram. Tak kisah nak reka, atau cerita benar, janji berkaitan hal mistik! Ada forum jugak. Sekarang aku rasa aku lagi enjoy baca forum dia daripada baca cerita yang kena kongsi. Hahahah. 

    Jadi, itu sahaja untuk hari ini dalam entry kali ini... Semoga korang terhibur dan enjoy yer!Bye!

Assalamualaikum....

-budak biasa-

Comments

Popular posts from this blog

Koleksi Soalan Teka Teki

SAJAK: Kawan

Koleksi Soalan Teka Teki 2