Favorite Song?!

Assalamualaikum
dan bonjour semua!!!! Apa khabar? Sebab nak hilangkan stress menguruskan adsense ni, (haih....pening) Kita mengupdate lah dulu. Apa yang aku nak ceritakan hari ini?? Ya!!! Pasal lagu kegemaran. Favorite song. Siapa yang ada favorite song macam aku?? Kalau aku, orang tanya apa favorite song aku, aku takleh jawab. Sebab??? Sebab, banyak sangat aku punya favorite song ni. Jadi dengan lafaz Bismillah, aku akan mula list satu-satu favorite song aku.....
   

NO.6) Segalanya-Haqiem Rusli
Ya....siapa tak kenal dengan si Haqiem Rusli ni? Ni lagu paling last aku suka. Sebab high note dia tu. Fuh!!! Power! Kadang-kadang boleh tegak bulu roma ni! Dah sikat pun masih lagi berdiri tegak. 

NO.5) Tergantung Sepi- Haqiem Rusli
Ya....si dia lagi. Lagu ni syok jugak. Best. High note dia tak perlu kata apa-apa lagi sebab memang tahu akan goosebumps! Ni lagu kelima dalam CARTA 6 aku. 

NO.4) Sabar- Ismail Izzani
Okay...kali ni nyanyian Ismail Izzani pulak.Bukan Ismail bin Mail (watak upin ipin) Best...Suara dia soft je...(macam perempuan pon ada kadang-kadang. heheh) 


 NO.3) Dengarilah -THE FAITH
Ha....Ni syok. Hari-hari aku nyanyi. Lagu ni boleh dikategorikan sebagai Lagu Dakwah. Dia cover despacito. Tapi, bahasa melayu dan pasal dakwah jugak lah. 

NO.2) I AM ME! - Dato' Sri Vida
Siapa tak tahu lagu nyanyian Dato' Sri Vida ni, usahawan kosmetik berjaya di Malaysia ni tau. Mungkin ramai yang suka, mungkin ramai yang nak muntah pon ada. Tapi, ini lagu tetap best bagi aku. Korang nak kata apa, katalah. Saya tak kisah. Asal saya bahagia 💕

NO.1) HOTTO DOGU- heiakim music(rasanya)
 Kenapa saya suka lagu ini?? Satu, lawak. Dua, kreatif. Tiga, dia buat lagu ni, lain daripada yang lain. Mungkin k0rang tak pernah dengar lagu ini dari orang lain. Jadi, saya akan ceritakan tentang lagu ni, Kira biodata dia lah. So, lagu ni dibuat menggunakan GOOGLE TRANSLATE. Ya, google translate. Singer dia ialah orang yang cakap bahasa jepun kat google translate tu... Bila dengar mesti korang gelak. Kalau nak tahu, apa maksud Hotto Dogu tu, Searchlah sendiri lagu tu kat Youtube. Korang taip, Hotto Dogu song. Ada banyak tu. Yang versi 1 hour pon ado. 

Jadi, itu sahaja untuk kali ini dalam entry saya pada hari ini. Ni semua favorite song saya.(bukan guna aku ke tadi?) Kalau korang nak dengar semua lagu yang saya cakap ni, boleh ke Youtube dan search seperti apa yang saya taip yang BESAR tu tulisan dia. Kalau korang nak suruh saya buat lagi carta favorite saya, boleh. Dialu-alukan. Komen je. Tuje! Bye! Assalamualaikum!
-budak biasa-💚 

Comments

Popular posts from this blog

Koleksi Soalan Teka Teki

SAJAK: Kawan

Koleksi Soalan Teka Teki 2