TIPS BELAJAR!

Assalamualaikum semua....
Hari ni, saya ingin kongsikan sedikit tips untuk belajar dan lulus exam. (Walaupun exam dah lepas) Yer...saja je nak kongsi sebenarnya. Manalah tahu, ada orang yang kat luar sana nak tahu apa tips-tips untuk kita belajar ni ya? Tapi...tanpa ikut tuisyen segala ni. Jom baca entry kali ini untuk tahu dengan lebih lanjut lagi. 💝


1) BACA KAMUS
Ha??? Baca kamus? Ya....Sebenarnya, kalau nak tahu, ini pun salah satu tips untuk jadi lebih kreatif tau! Kalau nak jadi penulis pun, kalau boleh banyakkan baca kamus jugak. Barulah orang nak baca cerita kita tu kan. Tapi, kamus tu lecehla nak baca tebal sangat sampai 1000+ mukasurat tu...Kalau susah sangat nak baca banyak  mukasurat, senang je. Baca 1 hari 1 mukasurat kamus. Kan boleh? Dalam setahun gitu boleh kot habis baca. ahahaha. Kalau baca dalam 5+ mukasurat, lagi bagus! Lagi banyak, lagi bagus!

2) RAJIN MEMBACA BUKU

Ala....ni semua orang tahu...tapi, kalau nak lulus, kenalah rajin baca banyak buku. Baru masuk otak. Kalau setakat baca sekali je, memang macam masuk telinga kanan keluar telinga  kirilah jawabnya. Lagipun, kalau banyak baca buku ni pun, bagus sebab kita boleh jadi lebih berpengetahuan. Tapi, kalau terlebih suka membaca dan sampai ke iklan jawatan kosong pun korang baca, ok jugak tu. Bolehla tolong cari kerja untuk kakak-kakak atau abang-abang tu. hahahaha

3) RAJIN MENGULANG KAJI

Ni semua guru wajib pesan kalau musim-musim dah nak dekat exam kan? Cikgu kita mesti pesan kat semua, "Rajin ulangkaji untuk dapat A ya!" Ulang kaji tu, bukan setakar belek-belek dan baca buku je. Tapi, ulangkaji ni macam awak baca dulu buku tu sampai habis, pastu buat latihan banyak-banyak. Itu baru ulangkaji. Kalau selak mukasurat je, tak tahulah nak panggil apa. Hmmmm....

4)BANYAKKAN MEMBUAT LATIHAN

Kalau bab-bab buat banyak latihan ni selalunya soalan Matematik je kan? Kalau nak dapat A dalam exam, banyakkan buat latihan macam cuba buat balik karangan ke, cuba buat semula formula matematik ke, apa ke. Kalau nak lagi bagus, pergi print soalan dari google atau beli buku kerja dari kedai-kedai buku. Tapi lebih bagus beli dulu buku kerja subjek-subjek teras macam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains. (Kalau sekolah menengah lain). Bila dah jawab, suruhla orang yang lebih berpengetahuan dari kita macam ibu bapa, kakak atau abang tolong tanda dan beri markah. Satu lagi, kalau nak elakkan daripada meniru, korang koyak jawapan kat belakang atau di tengah, stapler(kalau banyak mukasurat) pastu bagi orang yang nak menanda korang punya buku tu.

5) BANYAKKAN BERTANYA

Ya...korang mesti banyak bertanya. Macam dalam iklan susu untuk budak-budak tu, yang dia kata, kajian menunjukkan anak yang pintar banyak bertanya. Kalau adik aku marah adik aku yang lain, aku akan ulang ayat di atas, bermula dari kajian menunjukkan. Terus rasa macam kena panah pulak hati adik aku tu. Hahahahah. Bila tak faham, jangan malu untuk bertanya. Kalau kat sekolah, boleh tanya kawan-kawan yang lebih arif atau lagi bagus, tanya cikgu. Kalau tak tanya, macam mana nak pandai. Kan? Kalau kat rumah pula, boleh tanya Ibu, Bapa, Kakak, atau Abang yang ada. Kalau dorang semua pun tak tahu nak selesaikan, bolehla tanya pak cik, mak cik, sepupu, atuk, nenek korang dengan cara whatsapp ke, mesej ke, telegram ke, mana la tahu ada yang boleh tolong. Kalau tak, gi tanya Dr. Google.

So, itu sahaja yang saya nak share pasal TIPS BELAJAR untuk jadi pandai, lebih berpengetahuan, bijak, dan kreatif! Kalau rasa tips ni berguna, korang boleh tolong promote sikit blog saya ni,(hahaha) manala tahu ada yang minta lagi ke tips tips ke. Jadi, selamat membaca!

ASSALAMUALAIKUM

-budak biasa a.k.a YL


Comments

Popular posts from this blog

Cara cara buat slime~~~

Koleksi Soalan Teka Teki 2

SAJAK: Kawan